
17 Sep 2012 - 0730 hrs

Bertempat di hadapan Dataran di-Raja @ Outward Bound Malaysia
Outward Bound Malaysia Cyclist Team, bersama Pengarah Eksekutif (ED) dan Ketua Operasi (HOD) dengan 4 riders dari Sitiawan Cyclist Club telah bersama-sama berbasikal menjayakan Fun Ride & Training yang merangkumi sejauh 50km. Berbekalkan perut kosong, masing-masing kekok pada mulanya apabila Pengarah Eksekutif memberi tips kepada semua peserta.

Ceria menanti permulaan perjalanan
Cuaca yang baik ditambah dengan semangat masing-masing yang memang telah lama menunggu untuk berbasikal bersama-sama Pengarah Eksekutif Outward Bound yang menunggang basikal RoadBike berjenama Pinarello Dogma 65.1 Think 2, akhirnya bermula. Tidak sesiapa yang berani memotong ED. Masing-masing kelihatan memberi tanda hormat dan mengawal kelajuan.

Memang tidak disangka oleh semua bahawa ED bukan calang-calang lagi. Bukan sahaja memotong, untuk mengikut belakang kepacuan ED memang mencabar. 2km perjalanan berlalu, mereka kini di Jalan Teluk Muroh di mana masing-masing mula menambahkan kelajuan. Ketua Operasi yang diamanahkan sebagai 'sweeper' menjaga sesiapa dari ketinggalan.

Kenyataan bahawa ED memang jauh lebih laju berbanding dengan mereka terpampang di depan mata masing-masing. Disiplin dan langkah keselamatan dipatuhi oleh setiap penunggang. Ini dapat dilihat dari sikap dan tingkah laku mereka yang memberi hormat kepada pengguna jalan raya yang lain.

Bertempat di Taman Paya Bakau berhadapan Venice Perak, perbezaan RoadBike dengan Moutain Bike terserlah. Jurang perbezaan jarak lebih kurang 500m mula terbina.

Mountain Bike juga mencontohi Road Bike memotong angin

HOD memastikan Penunggang - Kali - Pertama tidak ketinggalan

Biar letih badan, jangan biar dinampak orang !

Indahnya pagi ini! HOD tak sampai lagi !

Berehat sebentar @ Jeti Damai Laut Segari. Adjust tiub tayar, pamkan angin semula!

1-2-3-4 Siapa lambat, memang tak sempat! Pacuan kembali ke OB

Semua selamat kembali ke OB, HOD dah nak mula berlatih angkat berat, bermula dengan Chiru Laktik SL !

Otai-otai yang bersama-sama dari Sitiawan Cycling Club turut sempat menjamu selera
Bukan sahaja semangat kesukanan dan menjamin kesihatan badan dapat terhasil, konsep OB yang NGO dan dasar membuka pintu kepada semua ini patut diberi galakan supaya lebih orang awam dapat melihat sendiri dan memahami nilai-nilai experiential learning yang telah mendidik beribu pelatih sejak dari tahun 1954 lagi. Pelatih / Peserta yang lebih dikenali sebagai ex-bounders ini datang dari pelbagai lapisan masyarakat, pangkat dan bangsa. Baik yang muda mahupun yang tua, untuk benar-benar mengenali Outward Bound Malaysia, anda sebaik-baiknya harus seorang Ex-Bounder!
ED memaklumkan bahawa Fun Ride seperti ini akan di adakan dengan lebih kerap lagi bertujuan khususnya untuk memenuhi dan menyumbang kepada komuniti warga Manjung. Banyak lagi aktiviti sebegini telah dirangka dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Bersama-sama lah kita membangunkan dan menjayakan komuniti Manjung ini.